Kota
Bharu: Kota Bharu pasti 'panas' malam ini! Apa tidaknya, kehadiran
Norshahrul Idlan Talaha (kanan) yang berkunjung semula ke bandar ini
buat pertama kali selepas kontroversi perpindahan menjadi tarikan ketika
Johor Darul Takzim - pasukan dipenuhi bintang yang diwakilinya
menentang bekas pasukannya, Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV.
Walaupun sudah melunaskan RM299,000 bagi tebus kontrak perpindahan ke
skuad Harimau Selatan tetapi bagi Penaung Persatuan Bola Sepak Kelantan,
Tan Sri Annuar Musa masih ada hutang yang perlu dilunaskan penyerang
kebangsaan itu.
Jadi tumpuan penyokong Sudah tentu kelibat
penyerang kebangsaan itu amat dinantikan bukan saja bekas rakan
sepasukannya, tetapi juga penyokong fanatik The Red Warriors.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan