Translate

Tajaan

Jumaat, 18 Januari 2013

Khabar Teman

Sunyi amat teratak aku ini; tak ada siulan burung tak ada bunyi reriang tak ada sebarang unggas yang menghiburkan. Sendirian di rumah buat aku bosan amat. Aku teringat nak menulis tapi seakan otak ini beku.

2. Bagaikan ada tirai hitam yang sukar aku singkap; jika aku singkap pun hanya ada bangku kosong tiada penonton. Aku nak berbual dengan siapa? Nak SMS kredit aku banyak di akaun Prabayar tapi kena bayar khidmat DiGi baru boleh gunapakai.

3. Aku hanya ada talian tetap di rumah boleh dail seantero Malaya cakap 24 jam dengan kadar amat murah tapi zaman sekarang semua guna telefon bimbit (hp). Aku nak bertanya khabar rakan; hp memang tak mampu kuguna berbual panjang sikit dah berbelas RM akan ditelannya.

4. Aku cuma ada nombor talian tetap sekitar 10 rakan; itulah aku sering dail. Tapi tadi Mohamad Yasin Baharudin Batubara... tak pernah angkat agak aku dah ke 111 kali aku dail; Mohd Ridzuan Hamid... sekitar 11 kali dia sakit sering terhalang aku nak bual... Ofis si Osman Abu Hassan... 222 kali yeop sorang ni tak ada selalu di mejanya dia rapat dengan hp dalam tugasan... Fairus Ismail Al-Ramali... 22 kali ada angkat tapi sibuk amat... Hanusi Hashim... 12 kali ada angkat tapi tak boleh bual panjang.

5. Hanya Abdul Hamid Othman... yang RAPATdengan talian tetap; sampai aku naik SEGAN nak dail dia... kut ganggu kerja dia. Dulu ada arwah Ana nan rajin layan aku berbual ketiadaan dia memang amat terasa; terkadang arwah Ulan pun dapat memahami kesepianku.

6. Aku pasti sangat ramai kalangan rakanku ada Unifi dah tentu dikasi talian tetap percuma bual 24 jam atau talian pejabat bayaran lamsam tetapi nampaknya mereka ada hak sendiri nak privasi hatta di dinding FB inilah aku jadi GILER bercakap sendiri dalam sendirian ini. Kejap lagi menanti kerja sura rumah yang tidak pernah USAInya.
 
Dari Muka Buku (FB) saya: Idanradzi 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan