Translate

Tajaan

Sabtu, 19 Januari 2013

Kisah Seram Di Genting Highlands


Kisah ini telah dipetik dari sebuah blog mengenai beberapa siri kisah seram melibatkan kawasan peranginan Genting Highlands. Mungkin ini cerita lama dan mungkin juga bangunan-bangunan yang dikatakan berhantu sudah berubah. Jom baca kisah seram di bawah ini.

Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa tempat penginapan di satu kawasan seperti First World, Resort Hotel, Highlands Hotel dan Theme Park Resort. Genting Highlands berasa di paras 1860m di atas bukit. Seperti yang kita tahu, pelbagai cara untuk kita mencapai ke puncak ini; bas, teksi, dan kereta gondola yang terpantas di dunia dan terpanjang di Asia Tenggara.

Apa yang orang minat sangat nak pergi ke Genting ada dua sebab. Satu untuk pergi ke Theme Park dan yang kedua majoritinya pergi ke Genting untuk berjudi di Kasino. Mana taknya, Kasino Genting ini 


Jadi segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang privasi di dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu sahaja. sumber menyatakan di dalamnya terletaknya sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi “tukang tilik nasib” bagi semua mereka yang datang berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke Kasino. 

Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang dikatakan membawa “Belaan/Makhluk” untuk rakan mereka kemenangan, jadi semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.

Satu lagi, terdapat tempat parkir yang berada di selekoh yang menghampiri Genting, dikatakan tempat letak kereta mereka yang membawa “Belaan” kerana di atas sana semua “Belaan” ini akan dikesan oleh pihak Genting. Jadi “Belaan” ini semua terpaksa tinggal di situ. Memang pihak Genting tidak membenarkan sesiapa untuk membawa “Belaan” mereka, oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di Genting untuk menghalang semua ini.

Ini cerita Kasino dan juga di Tempat Letak Kereta, sekarang mari kita lihat pula misteri di tempat penginapan dan pangsapuri di Genting.

1. Amber Court




Ini merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, biarpun mereka yang tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik privasi seperti di Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber,pengurusan  selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini:

Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:

-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan

Ini kata seorang penghuni di sana:

“Amber Court dengan Billion Court mmg berhantu. rakan aku kena kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa rakan aku tengah mandi. staf genting pun cakap tempat tu mmg berhantu.kita orang mmg cadang nak bermalam sbb nk tenguk hantu tapi masa memandu pergi sana malam-malam mmg agak seram. tapi tak ingat ngapa  tak jadi bermalam.”

“aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu-talu…aku punyalah takut……..mula-mula malu nak kecoh-kecoh, malu dengsn rakan bilik aku…lama-lama hilang malu, takut punya pasal,aku nangis sampai rakan aku terjaga…bila sama-sama takut, dua-dua menjerit, “Woi… kita orang ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh-jauh.. kita orang tak ada masa nak layan ko..”…aku dah henti jerit. rakan aku pulak pegi belasah tingkap tu dengan bantal, bantai tingkap tuh cukup-cukup…pastu baru diam…”

“aku nak cerita pasal Amber Court ni…bulan lepas pukul 2:00 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kat bawah sajalah…sunyi nya tempat tu sampai saja terus parkir depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru saja berapa minit lepak-lepak dgn rakan-rakan kat situ …hehehhh nak tau apa jadi…..kedengaran satu jeritan dari bawah parkir pastu ada bunyi melolong dari tingkat atas sekali….aku nak belah dah masuk dlm kereta..cam bangsat bunyi tu..bunyik jerit sama macam dalam movie hantu…tapi rakan-rakan rilexs jer…kalau korang nak tahu lanjut korang boleh datang lepak dekat bawah tu malam-malam pastu sembang dengan pak guard kat situ…hahahhah macam-macam dia cerita…kat situ sebenarnya port/tempat bunuh diri…”

2. Apartment Ria



Ini cerita apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya berhantu:

“kononnya dalam bilik tuh ada seorang lelaki cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-gelar badannya dan kemudian menggantungkan dirinya di tengah-tengah rumah tersebut……… setiap hari kejadian yang berlaku itu akan berulang-ulang kembali dan ada penghuni hotel yang penah terserempak dengan lelaki cina tersebut dengan keadaan badan berlumuran darah.. memang menyeramkan suasana di dalam bilik hotel tersebut….. sehingga kini, bilik tersebut tidak pernah di buka dan di palang dengan kayu…. kalau ada di antara anda yang penah mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada sebuah bilik bilik yang telah di palang dengan kayu…. “

Ini yang berlaku di sini:

-Bunyi orang pindah rumah, bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas, bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak buka pun)
-Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu, sampai tutup pun dia akan terbukak balik.. (Kalau nasib tak baik,nampak lah pelbagai)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen

Ini cerita mereka di Apartment Ria:


“hishh apartment RIA mmg ade sesuatu..kat semua penjuru pun rasa scary je..dia punya bilik pun seram je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ada sekali aku masuk 1 bilik ni (1 unit 2 bilik) sebelum tu tak rasa apa pun normal je..skali bila masuk saja bilik tu sbb nak amil bantal tetiba saja bulu roma naik..rasa cam seram saja..mcm ada benda saja kat bilik tu…lepas tu memalam ada bunyi ‘tinng’. macam bunyi bila oven dah panas.”

3. First World Hotel


Ini hotel yang pernah menjadi Hotel Terbesar di dunia sebelum ini. Setakat ini, dah lebih dari 20 kali bermalam kat sini tapi nasib baik belum pernah mengalaminya satu. Tapi ramai juga yang dah kena kacau di sini.

Ini kesnya:

-Ada orang berjalan dari atas katil, memang terasa tilam korang penyek masa ‘benda’ tu berjalan, serta dengar bunyinya skali
-Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap
-Nampak kelibat orang terjun dari atas, berbaju merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai, dalam bilik
-Tv terbuka sendiri, tak ada siaran

Ini cerita dari orang yang mengalaminya:

kat 1st world pun seram aku dgr cita rakan aku ada pompuan rambut panjang mengurai dok tunggu tepi katil tu yang diorg cerita la tapi aku ada pergi bermalam kt 1st world last 2yrs tak ingat tower berapa dah penat kat theme park dia, jadi kitorg pun malas nk balik bermalam sana mlm tu mlm tu aku tak boleh tidur rasa macam ada orang dok usha je aku baring pastu macam dengar bunyi tv terpasang (bunyi yang tak ada siaran tu), padahal aku dah tutup pun rakan aku kta katil 1 lagi dah selamat dengkur aku rasa aku tidur pun masih buka mata sampai pagi sunyi sepi genting tu kala tengah malam

Tempat ini juga dikatakan juga agak “keras”. Ini ceritanya:

budak genting panggil tempat tu BATU BERAYUN…sebab kedudukan batu macam tergantung…ala korang misti perasan punya…kalau pergi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je….kat situ selalu gak ada budak kena sakat sebab merendek kat situ,depa kata kat situ ada kes suicide tapi da lame la…rakan aku kena kat situ…dia gi jalan-jalan malamlah masa tu.dia nih slalu lepas kerja pagi jejalan kat kawasan tu ada1 malam, tu nasib tak baik..nampak la bende tu…nampak macam pompuan nangis-nangis……………..ingat nak tolong la..pergi tanya…..makin lama makin kuat nangisnya..dari nangis tuka mengilai kuat…nasib baik rakan aku ni kira kuat semangat juga la..dia blah pelan-pelan, besok demam gak la tu hari.

Kisah Benar Badi Mayat

1 ulasan:

  1. aku mang dikacau di 1st world hotel tingkat 18 tower 2... brdekatan dengan amber court... seriusly ms mle2 sblm aku g, mcm2 cite aku tgk n dgr kt byk blog tntang pngalam kne kaco, mle2 rs cm xcye, skali kene btg idung sndri xmenahan aku... aku ptut ikotkn tdo cna 2 mlm... tp pas kne kaco aku stay semalam jew, coz xtahan aku... ms kne kacau 2, time 2 aku tdo, tv aku tutup, tibe2 trbukak sndri, tp siaran xd... so aku pn rs tkut sbb dlm blog pn dieorg kene kaco mcm 2... so aku pn cube beranikn diri, aku ttup tv 2 blik... yg pliknye, tv 2 channel 3, stahu aku tv 3 skng mang xd ttup siaran... pas aku ttup aku try bkak aku tgk ade siaran balik kt tv 3... aku pn nk sdapkn aty aku pk mybe die pnye coverage xbp clear kot, tp aku biakn on tv 2, n then ttup bnyi tv 2... skali, tv 2 xd siaran ag... aku pn mang mngucap pnjang r dgn bulu roma meremang, aku ttup ngan selimut pkse dri nk tdo... dlm beberapa mnit lpas 2 aku pn dgr org cm tgah drill dinding, plik.... xkn malam2 bute cm nie dieowg nk repair2... seram gak jdnye... pastu dgr bnyi tapak kaki brjalan, tgk kt pintu yg de cermin tgk lua 2 xd org... so aku pn tahan je la, aku pk nie jew la last aku tdo cna... aku sanggup rugi dr aku dikacau kt cna... seram smpai meremang bulu roma... ini mmg kejadian yg serius...

    BalasPadam