Translate

Tajaan

Selasa, 25 Disember 2012

16 PETANDA BESAR KIAMAT

 16 PETANDA BESAR KIAMAT

Harap Maklum :
Kepada Pembaca sekelian, Perbentangan dan huraian yang dikupas ini merangkumi dalam semua aspek Syariat, Tariqat, Hakikat dan Makrifat. Walaupun ada sesetengah pihak tidak dapat menerimanya itu adalah atas pendapat, pemikiran dan tahap pengajian masing-masing. Pemilik Blog tidak bertanggung jawab sekiranya ada pembaca yang tidak mencapai kefahaman.

Senarai 16 Petanda Besar Kiamat iaitu:
1.    Allah Datangkan Penyakit Tanpa Ubat  - Tanda ini sudah di lepasi
2.    Dajjal Bermaharajalela  - Tanda ini sudah di lepasi
3.    Munculnya Imam Mahdi a.s - Tanda ini sudah berada didalam zamannya
4.    Pengistiharan Perang Sabil - Tanda ini sebagai menunggu
5.    Turun Nabi Isa a.s Dari Langit Dan Bergabung Dengan Imam Mahdi a.s
6.    Dajjal Di Bunuh oleh Nabi Isa a.s
7.    Islam Memerintah, Dunia Kembali Aman Dan Kemewahan Melimpah-limpah
8.    Manusia Kembali Kafir
9.    Muncul Yakjuj Dan Makjuj
10. Muncul Raksaksa Di Mekah
11. Quran Di Angkat Ke Langit
12. Tiupan Angin Untuk Mematikan Orang Beriman
13. Manusia Seluruhnya Kafir
14. Iblis Di Bunuh
15. Matahari Naik Dari Barat
16. Tiupan Sangkala Oleh Malaikat Israfil as

** Perbentangan di sini hanya akan dibentang setakat tanda yang 4 sahaja.

1.    ALLAH DATANGKAN PENYAKIT TANPA UBAT:
Pada Syariat:
Penyakitnya ialah HIV. HIV merupakan penyakit yang amat digeruni oleh segelintir umat manusia. Virus ini dikatakan tidak lut atau tidak boleh ditembusi oleh apa saja  ubat atau antibiotik yang diberikan kepada pesakit yang menghidapi penyakit ini. Dengan kata lain segala jenis ubatan yang dicipta oleh manusia tidak mendatangkan sebarang kesan.

Dan Penawar yang telah dan berkesan untuk merawat Penyakit HIV ini ialah kembali kepada Sunnah dan Quran. Pencegahan dan benteng agar tidak merebak kepada orang lain ialah sama iaitu kembali mengamalkan cara hidup berpandukan Sunnah dan Al Quran.

>> Kalau ini tidak dilaksanakan akan menyebabkan ramai Bangsa Melayu Beragama Islam, yang telah terlibat atau yang baru melibatkan diri akan mati dalam keadaan Syirik. Nauzubillahiminzalik..

Pada Tarikat:
Penyakit Tanpa Ubat pada ialah Golongan Munafik. Iaitu mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mengamal dan mengikut cara beragama seperti yang ditunjuk atau tidak mengikut Sirah NABI MUHAMMAD SAW.

Pada zahirnya mereka mengaku beragama Islam, tetapi cara hidup mereka tidak menepati Cara Hidup sebagai Orang Islam. Mereka ini biasanya menolak cara orang-orang terdahulu dengan menyatakan ketinggalan zaman, tidak moden, tidak rasional dan mereka ini mengamalkan budaya kafir dalam kehidupan mereka. Contohnya: tidak melaksanakan hukum Allah, tidak menyempurnakan perintah Allah, tidak sempurnakan rukun iman, rukun Islam, minum arak dan sebagainya.

Pada Hakikat:
Penyakit Tanpa Ubat pada Hakikat adalah Pemimpin atau Ulamak dunia. Iaitu mereka yang mempunyai Ilmu-ilmu Agama tetapi membutakan mata demi kerana pangkat, kedudukan dan wang ringgit. Mereka ini yang dikatakan menjual-belikan ayat-ayat Allah dengan nilai dunia yang sedikit. Mereka inilah Penghulu kepada Penyakit cinta dunia dan takut mati. Mata hati mereka telah dibutakan kerana dunia daripada mementingkan akhirat. Dan mereka ini jugalah yang merasakan segala amal dan perbuatan mereka sentiasa betul.

Virus mereka ialah mereka bersyarah dan menyampaikan kuliah kepada pendengar-pendengar tetapi dari segi Amalan, mereka tidak mengamalkan apa yang telah mereka Syarahkan.

Oleh itu ingatlah, janganlah sekali-kali berguru atau mengambil mereka ini sebagai Pemimpin. Carilah Pemimpin Yang Tepat yang boleh menunjuk, memimpin dan membawa kita sampai kepada ALLAH SWT.

Firman ALLAH S.W.T. :
“ Taatilah ALLAH dan Taatilah Rasul Dan Ameer dikalangan kamu”.
Ameer yang dimaksudkan ialah pemimpin. Pemimpin yang boleh membawa orang yang dipimpin atau pengikutnya sampai kepada ALLAH SWT.

Pada Makrifat:
Dari segi Makrifat ialah Buruk Sangka terhadap ALLAH S.W.T. .
Mereka yang buruk sangka terhadap ALLAH S.W.T. adalah mereka yang tidak merasa dalil kewujudan ALLAH S.W.T. dan tidak mengenal ALLAH. S.W.T.

Kehidupan Dunia hari ini tidak memandang pentingnya agama, akhirnya kita bertuhan diri kita sendiri iaitu buat apa yang ALLAH S.W.T. larang

Buruk sangka bermaksud salah tafsir atau perletakkan ke atas perkara yang ALLAH S.W.T. izinkan menimpa mereka. Contohnya, banjir besar berlaku adalah ALLAH S.W.T. ingin melakukan penyucian agar ummat manusia kembali pada ALLAH S.W.T. bukannya bala bencana.
(rujuk Sejarah Nabi Nuh A.S).

2.    DAJJAL BERMAHARAJALELA:

Perlu diingat bahawa Dajjal wujud 200 tahun sebelum kelahiran Nabi Musa a.s.

Asal-usul Dajjal:
Lahirnya Dajjal hasil perbuatan sumbang antara Datuk dan Cucu lahirnya AYAH. Kemudian hasil daripada perbuatan sumbang antara Ayah dan Anak lahirnya akan IBU. Maka kedua pasangan ini berkahwin dan hasil daripada benih perkahwinan mereka lahirnya Dajjal. Dikatakan Dajjal merupakan anak asuhan IBLIS.

Dajjal merupakan makhluk yang telah hidup lama. Dajjal dilahirkan 200 tahun sebelum kelahiran Nabi Musa a.s. Jika dihitung dengan masa sekarang umurnya telah mencapai 2000 tahun lebih. Orang yang telah lama hidup sudah tentu bermacam-macam ilmunya, ilmu tipu dayanya dan bermacam-macam lagi. Permulaan kerosakan yang dibuat Dajjal(Samiri) ialah merosakkan pengikut Nabi Musa A.S, di bawah pimpinan Nabi Harun a.s , ketika Nabi Musa A.S naik ke gunung Thur untuk BERMUNAJAT.

Dikatakan Dajjal mengetahui kelebihan bekas tapak kaki kuda Malaikat Jibrail a.s.  Bekas tapak kaki kuda  Malaikat  Jibrail a.s, andaikata diletakkan pada benda yang mati ,maka benda itu akan bisa berkata- kata. Semasa ketiadaan Nabi Musa A.S, Dajjal (Samiri) telah membina sebuah patung lembu yang diperbuat daripada emas dan Dajjal (Samiri) telah meletakkan pasir bekas tapak kaki kuda Malaikat  Jibrail a.s yang diambilnya, pada lembu emas itu. Lalu berkata-katalah lembu emas itu dan rosaklah kaum Nabi Musa A.S. Inilah permulaan kepada agama Majusi , penyembahan patung lembu iaitu Budaya Penyembahan yang kuat pada India(hindu) dan China (budhha)

Surah Thaahaa (Ayat 95 hingga Ayat 96):
Herdikan Musa a.s terhadap Samiri:
Ayat 95: Berkata Musa: “ Apakah yang mendorongmu (berbuat demikian) hai Samiri?
Ayat 96: Samiri menjawab: “ Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam dari jejak rasul[1]) lalu aku melemparkannya dan demikianlah nafsuku memujukku”.

Dajjal pernah wujud pada zaman Baginda NABI MUHAMMAD S.A.W. Diriwayatkan Baginda S.A.W dan beberapa orang sahabat telah berjalan di sebuah lorong, maka mereka terpandang seorang laki-laki sedang mencekak pinggang sambil memandang ke arah mereka sehingga melahirkan api yang bernyala-nyala di matanya. Lalu bertanyalah salah seorang sahabat Baginda S.A.W siapakah gerangan lelaki berkenaan.

Maka Baginda S.A.W bersabda : “ Itulah Dajjal”.
Setelah dengar Sabda Baginda S.A.W itu salah seorang sahabat yang berada disitu iaitu Sayidina Umar Al Khattab mengeluar pedangnya untuk memancong kepala Dajjal itu.

Tetapi ditegah  oleh Baginda S.A.W dengan bersabda” Jangan , Dajjal itu program untuk ummatku.” Namun dikatakan Syidina Umar AlKhattab mengikut Dajjal dan menunggu Dajjal disebuah lorong. Maka lalunya Dajjal dan apabila hampir dengan Sayidina  Umar AlKattab, maka disikunya Dajjal oleh Saydina Umar AlKattab itu. Dikatakan keluarlah biji mata salah satu dari mata Dajjal  itu dan larilah Dajjal sambil meraung-raung.

Untuk mengelakkan Dajjal berbuat perkara yang tidak diingini pada zaman itu, maka ALLAH S.W.T memerintahkan Malaikat Jibrail a.s menangkap Dajjal dan diikatnya Dajjal dan diletakkan disebuah pulau yang jauh dari manusia dan malaikat Jibrail a.s diperintahkan oleh ALLAH S.W.T untuk mengawasi Dajjal itu.

Ciri-ciri Dajjal yang tercatit dari ialah:
a. Rambutnya yang ikal
b. Membawa bendera Islam dan Kafir di atas kepalanya.

Dalam tafsiran penjelmaan Dajjal adalah Obama. Obama adalah kelahiran Nusantara di Indonesia dan dikatakan orang Islam tetapi menjadi pemimpin bagi orang kafir. Kalau diperhatikan merupakan satu PETANDA iaitu orang kulit hitam menjadi pemimpin bagi orang kulit putih. Yang sememangnya orang kulit putih ini amat anti kepada orang kulit hitam. Berhati-hatilah dan perhatilah apa perkembangan yang berlaku pada Obama.

Huraian: (Sila Rujuk Hikayat Tamim Habibul Ad Dari dalam Blog)

Salah satu petikan perbualan antara Tamin dengan Dajjal: “ Maka bertanyalah Tamin bila Dajjal akan dibebaskan. Maka jawabnya Dajjal jika engkau melihat wanita-wanita bebas berkuda maka aku telah bebas”.

Lihat hari ini wanita-wanita bebas berkuda – maksudnya wanita bebas menentukan cara hidup sendiri, membuat urusan sendiri  dan tidak perlu pada pimpinan

Program Dajjal melahirkan (yang dimaksudkan dengan Dajjal yang bermaharajalela) Ialah:

Syariat :
Pendusta agama. Iaitu orang yang engkar, tinggal dan mengajak orang tinggal sunnah NABI MUHAMMAD SAW

Tarikat:
Kata-kata ada hubungan Pendusta terhadap Agama Islam. Contohnya Obama menyatakan ingin membela nasib negara-negara Islam tetapi terus memerangi negara-negara Islam. Pendustaan terhadap Islam inilah diistilahkan Dajjal sebelum Dajjal itulah boleh dikatakan “ Dajjal”.
Orang yang mengatakan Dirinya Islam tetapi tidak melaksanakan Hukum-hukum Islam, peraturan-peraturan dan perintah-perintah Islam.

Hakikat :
Perbuatan yang disangkakan baik dalam dalam agama. Berhati-hatilah Dajjal telah menyesatkan ummat Islam dengan menghantar ejen-ejennya ke merata dunia. Dajjal ini makhluk yang hidup lama dan Dajjal mengetahui cara bagaimana untuk merosakkan dan memecah-belahkan ummat Islam Khasnya Bangsa MELAYU.

Contoh perbuatan yang disangkakan baik: Budak Melaungkan Azan. Ini adalah perbuatan mengejek. Kerana NABI MUHAMMAD SAW tidak sekali-kali pernah menyuruh budak melaungkan azan.

Contohnya: Tilawah Al Quran semasa zaman Nabi SAW, tidak pernah berlaku Ayat – Ayat Al Quran ini dipertandingkan. Memasang ayat-ayat suci Al Quran sehingga mengganggu orang lain dan makhluk yang beriman.

Sedangkan Ayat Al Quran itu WAJIB diamalkan hanya sunat saja membaca. Dalam Ayat-ayat tersebut terkandung perintah ALLAH SWT. Andaikata tidak diendahkan maka berdosalah kita.

Pada masa sekarang ramai orang memasang ayat-ayat suci Al Quran kuat-kuat, tidak kira diperingkat muda atau tua. Dan tidak kira di rumah, di kereta dan di masjid tetapi tidak mengetahui apa yang diperintah oleh ALLAH SWT. Sehingga perbuatan ini mengundang dosa kepada diri dan orang lain  yang mendengarnya. Ini dikatakan bertentangan dengan cara yang ditunjukkan oleh NABI MUHAMMAD SAW. .

Ilmu agama Islam didustakan.

Makrifat :
ALLAH S.W.T didustakan iaitu dustakan nikmat-nikmat (rujuk surah Ar Rahman). Dajjal dan hakikatnya Azazil (Iblis laknattullah) melahirkan manusia-manusia kufur nikmat.

Cara untuk tidak termasuk sebagai pendusta agama kena hidupkan amalan zikir, tasbih, solat dan Quran pada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini merupakan sunnah Baginda NABI MUAMMAD S.A.W. pada amalan. Syukur akan nikmat ALLAH S.W.T.

3.    MUNCULNYA IMAM MAHDI:
Huraian:
Dikatakan dengan lahirnya Iman Mahdi akan hilang 3 benda Ajaib di Makkah iaitu Jubah Baginda NABI MUAHAMMAD S.A.W. , Kuda Nabi Musa A.S. dan Tongkat Nabi Musa A.S. .
Dikatakan , jika tanda ini berlaku dan hilang ketiga-tiga benda ajaib ini maka akan berlaku huru-hara di Makkah.

Jadi nilailah perubahan apa yang akan berlaku pada angka 21/12/2012. Angka yang digeruni oleh Yahudi/Nasrani(Kristian)/Majusi

4.    PERANG SABIL:
Huraian :
Berlakunya perang sabil. Perang sabil ialah perang antara ummat Islam dan orang kafir (Yahudi, Nasrani dan Majusi). Ia telah berlaku dimerata dunia. 
Perang Sabil yang berlaku dalam masa Al Mahdi ini akan bermula di Mekah Arab dan berakhir di Tanah Melayu.

Puak-puak Aryan yakni Orang-orang kafir Yahudi, Nasrani dan Majusi sentiasa berdendam dengan Islam. Kita kena garis batasan dengan orang kafir.

Ini merupakan perintah ALLAH S.W.T.

Syariat : Perang antara orang Islam dan Orang Kafir Yahudi – Israel dan Amerika Syarikat. Nasrani/Kristian – Negara2 Eropah .Perang di Iraq, selatan Thai, Plastain,Iran dan lain-lain. Mereka berusaha merosakan orang Islam khasnya bangsa Melayu. Tetapi malangnya Orang-Orang Islam tidak boleh berbuat apa-apa. Kenapa ?

Jawapan: Hilang NUSRAH ALLAH S.W.T. .

Tarikat:
Orang Islam atau manusia berperang dengan nafsu. Untuk melakukan kebaikan dan keburukan. Mereka yang tewas akan kufur pada ALLAH S.W.T ( rujuk dibahagian muhasabah diri 7 peringkat nafsu).

Hakikat:
Manusia atau orang Islam berperang dengan 7 musuh dalam agama. (rujuk bahagian Muhasabah Diri 7 musuh dalam agama).

Makrifat:
Islam berperang sesama sendiri dan hidup berpecah belah.

Perpecahan disebabkan Iqtikad, mazhab, khilafiah, furuk, politik dan sebagainya. Adakah pada zaman Baginda NABI MUHAMMAD S.A.W. orang-orang Islam berperang sesama mereka??? Siapakah dalangnya:???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan