Rabu, 19 Disember 2012
Sejak ditubuhkan pada tahun 1966, DAP tidak pernah berubah. DAP hanyalah sebuah parti untuk kaum Cina walaupun mereka tinggal di negara berbilang kaum dan walaupun rakyat mempunyai hak mereka tersendiri. Jadi, DAP dikenali sebagai parti yang sering mengamalkan semangat perkauman yang tinggi sejak ditubuhkan. Beberapa pemimpin Melayu dan India yang diberikan jawatan tinggi di parti tersebut masih tidak dapat menutup semangat perkauman dalam DAP.
Mengamalkan
semangat perkauman adalah satu perkara. Namun, semangat kiasu mereka
adalah sesuatu yang lebih jahat. Sebagai parti kiasu, DAP hanya menerima
dan tidak pernah memberi, DAP tidak pernah tahu akan nilai 'tolak
ansur'.
Keadaan ini boleh dilihat apabila DAP bergabung bersama PAS dan PKR. DAP
sering meletakkan parti mereka di atas parti-parti komponen lain, di
atas bangsa-bangsa lain.
Apabila DAP mengambil alih Pulau Pinang, niat mereka untuk mengubah
negeri tersebut kepada ‘mini-Singapura' di mana kaum Cina mendominasi
negeri tersebut. Pulau Pinang adalah antara contoh yang terbaik untuk
menunjukkan bagaimana keadaan negeri yang dikuasai oleh DAP di mana kaum
Cina diberikan kelebihan berbanding dengan kaum-kaum lain. Apabila
sebuah perkampungan Cina dilanda masalah berkaitan dengan projek
pembinaan, penduduk kampung tersebut akan diberikan khidmat peguam
secara percuma dan mereka akan diberikan pampasan yang baik. Namun,
Kampung Buah Pala, sebuah perkampungan India, tidak mendapat layanan
yang sama walaupun janji telah dibuat oleh kerajaan PR-DAP untuk
menyelamatkan perkampungan tersebut. Apa yang sebenarnya terjadi adalah,
kampung tersebut telah dimusnahkan begitu sahaja. Perkara yang sama
juga terjadi kepada gerai-gerai milik peniaga Melayu dan India kerana
dikatakan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Namun, gerai-gerai milik
peniaga Cina yng menyebabkan kesesakan yang lebih teruk, tidak terjejas
langsung.
Selangor adalah satu lagi contoh sikap diktator DAP, dimana PAS dan PKR
perlu akur dengan perkara yang DAP rasakan baik. Mana-mana perkara yang
dirasakan akan memberikan ancaman kepada DAP akan dihapuskan seperti apa
yang dilalui oleh Datuk Dr. Hassan Ali. Kelantan dan Kedah juga
terpaksa akur dengan DAP di mana rakyat boleh melihat pengaruh DAP yang
kuat pada exco-exco negeri walaupun negeri-negeri tersebut mempunyai
majoriti kaum Melayu. Segala peraturan negeri hanya boleh diluluskan
oleh DAP.
Dengan Karpal sebagai simbol 'kuasa' kaum India dalam DAP, ramai kaum
India yang merasakan bahawa DAP tidaklah se-'racist' seperti yang
dikatakan ramai. Tetapi, percaya atau tidak, walaupun DAP tidak membenci
kaum India seperti mana mereka bencikan kaum Melayu, mereka masih
rasakan bahawa kaum India hanyalah hamba kepada mereka. Itu lah sebab
mengapa hanya terdapat seorang wakil India bagi ahli jawatankuasa Pulau
Pinang - hanya untuk mengaburi mata rakyat daripada menganggap bahawa
DAP adalah racist.
Persepsi DAP terhadap kaum India dapat dilihat dari kenyataan yang
diberikan oleh Ngeh di Perak dimana Ngeh bergurau dengan kulit Datuk
Zambry yang agak gelap. Ngeh juga menyatakan dalam akaun Twitter
miliknya bahawa kaum India bodoh dan kemudiannya menyuruh Pengerusi
Hindraf Makkal Sakthi, P Waythamoorthy terhadap rancangannya untuk
menamakan calon-calon di bawah DAP bagi PRU-13.
Dan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif DAP (CEC) baru-baru ini juga
menunjukkan kita bagaimana persepsi DAP terhadap kaum India. Hanya empat
wakil India di CEC, tidak termasuk keluarga Singh King - dua daripada
mereka dilantik, bukan diundi.
Jadi, apakah yang akan terjadi kepada kaum India jika PR, atau DAP, mengambil alih negara?
DAP
telah memberitahu kaum Melayu supaya kembali ke hutan, dan mereka masih
lagi memberikan mesej yang sama, hanya dengan cara yang berbeza. Jadi,
jika kaum Melayu juga dihalau ke hutan walaupun negara ini adalah tanah
mereka sendiri, apa yang akan terjadi kepada kaum India?
Adakah 'keluarga Singh' tersebut akan berjuang untuk nasib kaum India?
Mungkin, tetapi hanya setelah mereka dapat menguasai beberapa jawatan
penting dalam parti tersebut.
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2012/12/melayu-ke-hutan-india-kemana-pula.html#ixzz2FgI9hxTa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan