Translate
Tajaan
Isnin, 17 Disember 2012
Gulai Lemak Durian Muda.
Rakan tempat kerja saya bawa balik sebakul durian, dalam pada tu ada pula tersesat sebiji dua yang belum cukup masak, baru nak mengkal saja isinya. Orang Perak panggil mengkal ini mamkor jadi aku ambil bawa balik ke rumah.
"Awak mau buat apa, itu tak boleh makan masih mentah"
"SAYA MAU BIKIN SAYUR"
" sayur......mana ada orang bikin sayur durian muda ni"
"MEREKA TAK TAU, TAPI ARWAH MAK PERNAH MASAK MASA SAYA KECIL-KECIL DULU"
Durian muda ni aku potong kecil, bahan lain yang akan dicampurkan bersama adalah santan, bawang merah yang dihiris, daun kunyit yang disiat-siat, sedikit belacan dan ikan bilis
Satukan kesemua bahan dalam kuali/periuk, masak dengan api sederhana dan jangan sampai pecah minyak, tambahkan garam secukupnya cukup mudah menyediakannya. Sedap dan menyelerakan.
iDAN: Ini salah satu cara bagaimana rezeki yang jatuh dari langit kita manfaatkan. Apatah lagi bila masuk ke rumah. Satu yang perlu kita ingat; baik makanan baik minuman janganlah bersisa. Sebab ajaran agama kita mengingatkan; makanan yang paling akhir itu selalunya memberikan keberkatan dari rezeki yang kita cari. Islam tidak pernah mengajar umatnya membazir.
Sampaikan disarankan agar kita memasakan sesuatu makanan yang berbau harum aromanya hendaklah diperbanyakkan kuahnya agar dapat memberikan jiran merasa; jika malu nak hulur jiran kut tak sedap makanan kita setidak-tidaknya keluarga kita dapat merasa puas menikmati makanan yang berkuah. Bukan kering payah ditelan.
Seperkara lagi durian kini amat mahal di pasaran jika memang musimnya melambak & murah ianya tetap menguji kita jangan membazir. Jika mankor masih boleh dimakan jangan dibuang. Kecuali busuk siap berulat itu memang bahaya dimakan yang lebih buatlah tempoyak. Insya-Allah durian akan berbuah lebat nanti sebab ianya terasa amat dihargai. Cer cuba awak buat sendiri sebiji durian. Pasti sampai ke liang lahat tak akan menjadi biarpun baru nak buat kulitnya yang berduri.
Rujukan:
http://tokchiksincan.blogspot.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan