Translate

Tajaan

Jumaat, 21 Disember 2012

Sosilawati Lawiya

 
 
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Datuk Sosilawati Lawiya (47) adalah jutawan kosmetik Malaysia berketurunan Melayu, bekas isteri Nash diberitakan dibunuh dengan kejam bersama-sama tiga rakan yang lain di Morib, Selangor.

Isi kandungan

Latarbelakang

Datuk Sosilawati adalah jutawan menerusi syarikat Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd sejak 1990-an. Beliau tinggal bersama keluarganya di Taman Harmonis, Gombak.[1][2]

Dibunuh dengan kejam dan mayatnya dibakar

Berita kematian Datuk Sosilawati yang beberapa hari dilaporkan hilang mula tersebar di laman sosial Twitter. Berita rasmi kemudiannya dikeluarkan oleh Bernama, Kosmo dan Utusan. Menurut Utusan, keempat-empat mayat dah salah satu daripadanya mayat Datuk Sosilawati ditemui di pantai Morib. Kesemua mereka dibunuh kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.[3]
Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut ialah di mana suspek membuang abu mayat selepas dibakar di ladang ternakan ayam (Ladang Gadong, Tanjung Sepat) tersebut dan pasukan penyelam Polis Marin manjalankan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain. Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat.
Jam mahal milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang diambil salah seorang penjenayah sebagai 'kenang-kenangan' selepas mangsa dibunuh menjadi petunjuk paling penting berhubung kes arwah Datuk Sosilwati mati dibunuh dan dibakar bersama-sama tiga yang lain.

Barang Bukti

Antara bukti-bukti yang ditemui ditemui pihak forensik di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut:
1.Cebisan tisu anggota tubuh, termasuk rambut selain tulang hangus manusia yang dipercayai milik mangsa yang hilang
2.Tinggalan abu dipercayai milik mayat empat mangsa dibunuh
3.Tiga utas jam tangan berjenama. Masing-masing dua jam tangan termasuk jenama mewah Rolex dan Longines serta seutas jam tangan Seiko.
4.Enam keping zink ditemui di Sungai Gelanggang Buaya, Kampung Kelanang (digunakan untuk membalut atau menutup mayat sebelum dibakar)
5.Pisau sepanjang 30 sentimeter
6.Dua telefon bimbit itu ditemui dalam tali air berdekatan sebuah restoran makanan segera di sekitar Banting (pemilik sebenar kedua-dua telefon bimbit itu masih belum dapat dipastikan)
7.Sebatang besi
8.Dua telefon bimbit jenis Blackberry (dalam tali air berdekatan sebuah restoran makanan segera di sekitar Banting)
9.Kayu yang mempunyai kesan terbakar
10.Kunci BMW X5 ditemui berhampiran Angsana USJ 1
11.Polis sedang mencari besi cangkuk sawit yang dikatakan digunakan untuk membunuh keempat-empat mangsa berkenaan

Kronologi

Bagaimana kronologi Datuk Sosilawati mati dibunuh bersama-sama 3 lagi mangsa bunuh yang lain?
Pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai. Mangsa ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah. Ada mangsa yang dikatakan dikerat-kerat tubuhnya sebelum dibakar.

Kemudian tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu. Tahi lembu digunakan untuk mempercepatkan proses pembakaran. Petrol dicurahkan sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah di ladang kelapa sawit milik suspek berdasarkan bukti awal yang di mana lokasinya terletak Sungai Gadong, Tanjung Sepat.

Sebelum dibakar, mangsa dibalut pula dengan dengan zink!
Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau.

Suspek dipercayai turut membuang senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa di dalam sungai yang sama. (LAPORAN Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Sri Bakri Zinin)

Hilang

Sebelum hilang Sosilawati membuat ucapan khas hari raya Bernama TV. Kemudian sesi fotografi bersama majalah Wanita. Pada 28 Ogos beliau menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Juga menghadiri perbicaraan kes tuntutan harta RM1.38 juta dengan bekas suaminya , penyanyi Lefthanded Nasharuddin Elias atau Nash.[4]

Sejak 30 Ogos 2010, Sosilawati dilaporkan hilang bersama tiga lagi iaitu pemandunya, peguam peribadi serta seorang pegawai bank. Beliau dikatakan membawa wang RM4 juta ke Banting,Selangor untuk menemui peguam atas urusan pembelian tanah di Pulau Pinang bernilai RM1.4 juta. Polis klasifikasikan kes ini sebagai kes orang hilang kerana tiada sebarang tuntutan wang.

Pada 6 September 2010, keretanya jenis BMW X5 plat WTL11 ditemui di parkir Pangsapuri Angsana USJ1 Subang Jaya. Kemudian kereta BMW 5 series milik peguamnya di sebuah kawasan perumahan berhadapan Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya. Polis forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mengesan cop jari dan butiran DNA pada kereta. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan semula panggilan telefon dan SMS keluar dan masuk sedang diperiksa. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman menyatakan keterangan suaminya telah diambil.[5]

Suspek

DATUK PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN (NRIC NO : 690211-10-5525) SURENDREN A/L NALLIANNEN (NRIC NO : 720801-10-5773) Seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan Banting dan bergelar "Datuk", adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka. Peguam berstatus Datuk dan adiknya diberkas pada 11 September 2010. Polis turut menahan seorang remaja berusia 19 tahun yang turut dikaitkan dengan pembunuhan berkenaan Polis berjaya menahan seorang lagi suspek, dipercayai bekas pengawal peribadi kepada Datuk berkenaan pada 14 September, 11 pagi. Jumlah setakat ini yang ditahan adalah 9 orang (setakat pada 16 September)

Tuntutan harta daripada Nash

Pada 27 Ogos 2010, perbicaraan tuntutan aset RM1.3 juta terhadap Nash diteruskan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Wang RM1.38 juta itu digunakan untuk membayar hutang rumah serta dilaburkan dalam tiga akaun atas nama bekas suaminya, Nash adalah hasil titik peluhnya sendiri. RM500,000 dikeluarkan melalui dua keping cek Bank Bumiputera Commerce Berhad adalah dari akaun peribadinya. Daripada jumlah itu, RM400,000 dilaburkan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) atas nama Nash. Cek RM500,000 daripada akaun Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd dilaburkan di Public Mutual Berhad atas nama Nash.[6]

Keluarga

Anak perempuannya Erni Erinawati Sofea Bukhari (21) adalah antara orang terakhir yang dihubungi.
Pada 16 November 2006 Sosilawati berkahwin dengan penyanyi Rock Jamaludin Elias/ Nash sebelum bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan