Translate

Tajaan

Ahad, 16 Disember 2012

Apa tunggu lagi...

2012/12/16 - 02:15:45 pagi

Oleh Sukhairi Thani

Shukor Salleh, Bekas pemain kebangsaan. Shukor Salleh, Bekas pemain kebangsaan.

Kuala Lumpur: "Jika seseorang itu tahu erti tanggungjawab dan perasaan bersalah, dia akan letak jawatan," demikian tegas bekas pemain negara, Shukor Salleh semalam ketika mengulas desakan ramai yang mahu pengendali skuad kebangsaan Datuk K Rajagobal meletak jawatan.

Desakan itu timbul selepas skuad Harimau Malaya tunduk 3-1 secara agregat kepada Thailand di separuh akhir sekali gus gagal mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Suzuki AFF yang dimenangi dua tahun lalu.

Shukor yang menjadi pemain kedua di belakang Datuk Soh Chin Aun yang paling banyak mewakili negara dengan 215 kap mengakui sebenarnya tidak ada peningkatan dipamerkan skuad Harimau Malaya sejak menjulang Piala Suzuki AFF.

    Saya lihat pasukan tidak menunjukkan sebarang peningkatan baru, baik dari segi corak permainan dan keyakinan diri. Berbeza dengan Thailand, mereka mempunyai keyakinan tinggi” Shukor Salleh, Bekas pemain kebangsaan.

“Saya lihat pasukan tidak menunjukkan sebarang peningkatan baru, baik dari segi corak permainan dan keyakinan diri. Berbeza dengan Thailand, mereka mempunyai keyakinan tinggi dan sebab itu mereka mampu beraksi dengan hantaran cantik serta pada masa sama melancarkan serangan.

“Semua elemen itu kita masih tidak ada, apalagi, berdepan situasi bermain dengan 10 pemain, usaha perlu dipertingkatkan dan strategi bertahan seharusnya tidak digunakan, perlu ada taktik serta serangan,” katanya semalam.

Jurulatih wajar undur

Shukor yang pernah digelar ‘Mr Cool’ kerana ketenangan dalam mengemudi jentera tengah skuad kebangsaan dan pernah dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 1977 mengakui setiap jurulatih harus bertanggungjawab atas kekalahan skuad bimbingannya.

“Gagal itu tanggungjawab jurulatih tetapi kalau tidak silap dia (Rajagobal) masih ada KPI (Indeks Prestasi Utama) dengan Persatuan Bola Sepak (FAM) untuk layak ke Piala Asia 2015. Jadi, terpulang kepada individu, sama ada tahu erti tanggungjawab atau tidak,” katanya.

Rajagobal, 56, yang sebelum ini melakar dua saat manis bola sepak negara dengan memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 masih mempunyai baki kontrak bersama FAM sehingga hujung 2013.



Enggan lepas jawatan

2012/12/15 - 03:54:49 Pagi
Oleh Wan Fakhrul Bakar

Bangkok: Walaupun menerima pelbagai desakan daripada penyokong Harimau Malaya, jurulatihnya, Datuk K Rajagobal tidak akan melepaskan jawatan kerana menganggap tugasnya masih belum selesai dan mahu terus membimbing skuad itu menghadapi Kelayakan Piala Asia 2015 yang bermula 6 Februari depan.

Setakat ini, tidak terlintas pada fikiran pengendali berusia 56 tahun itu untuk berbuat demikian selepas kegagalannya membawa Harimau Malaya ke final Piala Suzuki AFF 2012 apabila tewas 2-0 kepada Thailand pada separuh akhir kedua di Bangkok, malam kelmarin.

“Seperti yang saya kata sebelum ini, persiapan utama kita ialah untuk Kelayakan Piala Asia 2015.

“Saya masih ada kontrak sehingga penghujung 2013...dan semuanya terserah kepada majikan saya iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya ketika ditemui di lobi Hotel Golden Tulip Sovereign sebelum berlepas pulang ke tanah air, pagi semalam.

Sebelum dilantik sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada 2010, Rajagobal berjaya membawa skuad Bawah 23 Tahun negara meraih pingat emas Sukan SEA 2009.

Beliau yang membimbing Harimau Malaya kemudian membantu skuad itu menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Selepas dua kejayaan cemerlang itu, pengendali skuad kebangsaan itu gagal meraih sebarang kejuaraan selain kandas pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 kepada Singapura pada 2011.

Ini tidak termasuk keputusan pada perlawanan persahabatan antarabangsa yang berakhir dengan kekalahan skuad itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan