Translate

Tajaan

Ahad, 30 Disember 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Tak banyak yang boleh aku nyatakan kejayaanku di tahun 2012 yang akan aku tinggalkan. Hasrat aku menjadi seorang Penyair Tanah Air yang dikenali hanya sekadar memutik. Belum pun segar jauh sekali dikenali orang.

2. Bulan ini karyaku senyap sepi mungkin kerana fikiranku yang runsing sebab sakit kronik yang tak pernah reda. Cuma karyaku ada ketika kerap terbitnya ada ketika sepi. Aku sebenarnya terus menulis tapi bukan urusanku dan khudrat mutlak untuk ianya diterbitkan terpulang kepada editor.

3. Aku hanya banyak menumpukan penulisan di FB; nampaknya ada beberapa masalah di FB yang sukar untuk dileraikan. Asyik kena SPAM dan terikat dengan banyak protokol menjadi penulisanku tersimpan kaku di FB. Nampaknya penulisan di blog jauh lebih teratur dan tersimpan baik. Cuma pengikutnya tak nampak dengan respon & kaunter pengunjung nan suram.

4. Seyogia aku akan menukar konsep penulisanku; nampaknya terpaksa aku salin dan letakkan di blog agar apa yang aku tulis tidak hilang begitu sahaja. Mungkin ada pengikut tulisanku tak punya akaun FB maka amat sukar mereka mahu mengikuti perkembanganku.

5. Penulisan bagiku adalah kerja harian yang tak pernah selesai. Mungkin hari ini tak ada siapa peduli tentang hasil catatanku tetapi bila aku tiada mungkin ada suri teladan dan niat ikhlasku menulis dapat dijadikan bahan renungan. Agar tahun 2013 akan menjanjikan satu yang lebih bermakna dalam hidupku. SELAMAT TAHUN BARU dengan azam baru pun harapan baru yang bakal dirahmati Ilahi pun agar iman kita bertambah baik ibadah kita akan tambah tersusun.
— bersama Umi Kalsom Ibrahim dan 27 yang lain.

Tidak suka · · · 6 jam yang lalu ·

  • Catatan Idanradzi Nampaknya penutup tahun 2012 ini aku sempat ke A'Famosa paling akhir pergi sekitar awal 2000 sebab Azim kata dia tak ingat pertunjukan burung naik trak semua tu; bertambah cantik A'Famosa ini. Biarpun semuanya mahal di sana tetapi ianya dapat menarik hati pelancong; ramai pelancong luar di sana antaranya orang Arab & Indon.
  • Catatan Idanradzi yg ini gambor pelancong tua dari Jenaris... Azim yg curi ambik gambar ni...
  • M Jusoff Taib · Friends with Idan Radzi and 2 others
    Semoga lebih banyak makna dipungut pasa 2013. Insya Allah.
  • Catatan Idanradzi Harapan sy memang amat besar dalam dunia penyairan, sebab sy pun sudah tua sangat; untuk mencurah makna cuma ada ketika yang amat sikit. Agar ada ilham yang bakal terbit anugerah-Nya nanti. Tak mungkin tercapai segala impian tapi dapat terbau impian sebelum sy pergi pun sudah amat baik... M Jusoff Taib.
  • M Jusoff Taib · Friends with Idan Radzi and 2 others
    Saya sudah memasuki 65 menjelang 2013. Saya banyak masa lalu yang berpeluang. Tapi saya tak mahu bersajak. Eh, ada FB bersajak terlajak pula. Tapi rasanya setakat FB saja. Saya rasa, tak penting kita fikirkan masa yg tinggal sedikit. Yang penting, isikan yg sedikit itu. Semoga harapan sdr terus hidup.
  • Catatan Idanradzi Ada ketika mmg sakit nak ikut arus editor jika kita berharapkan sajak kita terbit di mana-mana media di FB memang satu ruang yang santai tapi pengikut sajak/puisi tak seramai mana.. sy lebih suka jika menulis blog cuma blog ini lambat menampakkan respon..

    Hakikatnya dunia maya ini buat kita rasa bercakap sorang bila menulis; sy tak punya modal untuk terbitkan buku; ruang menulis buku pun nampak samar. Sebab itu sy terfikir lebih baik bila menulis di FB kumpulkan di blog agar ianya menjadi renungan & bahan bacaan yang bermakna buat mereka penggemar seni & sastera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan