Translate
Tajaan
Selasa, 18 Disember 2012
Mempedal Ayam Sambal Garing
Assalamualaikum & selamat petang...
Semua dah makan tengahari? Tentulah sudah kan? Dah hampir pukul 4 dah pun. Suri rumah mesti sedang sibuk fikir nak sediakan juadah minum petang pula untuk anak2 di rumah. Menu apalah agaknya tu ye. Meh hantar sepiring ke sini.. boleh juga tumpang minum petang.. hehe...
Oklah kita sambung lagi entry hari ni dengan menu yang mudah ni ye.. Tapi menu macam ni memang kesukaan en. hubby sebab ia dibuat pedas & garing.. MaDiHaA & kakak Dini yang sememangnya kuat pedas ni pun suka jugak.. Hanya budak berdua tu je yang tak berani nak sentuh lauk ni sebab sambal ni memang berasap!! hehe..
Masak ni sebab nak habiskan stok mempedal ayam yang MaDiHaA kumpulkan dalam freezer tu. Menu ayam memang kerap kat rumah sebab ayam adalah pilihan nombor satu anak-anak. Jadi bila kerap masak ayam tentulah byk dpt mempedalnya. Sengaja MaDiHaA kumpulkan untuk disambalkan macam ni. Hati ayam biasanya MaDiHaA buangkan aje. Bukan tak suka makan atau suka membazir.. TAPI MaDiHaA buang sebab MaDiHaA & suami nak kurangkan pengambilan makanan yang boleh membahayakan kesihatan ni. Orang kata tak elok sangat makan hati (hati ayamlah bukan makan hati berulam jantung tu.. hehe) ni kan? Kalau ikutkan memang suka sangat-sangat hati ayam tu.. kalau digoreng garam kunyit boleh makan ratah gitu je... Lagipun anak2 memang tak suka makan hati ayam jadi bila digoreng memang confirm jadi habuan MaDiHaA & suami je.. tapi apakan daya... bila dah berumur ni nak kena juga jaga kolesterol dalam darah.. haii.. sabar sajalah kan.. Yang boleh jaga kita jaga, yang tak boleh tu.. kadang-kadang pejam mata juga.. hehe..
Ok jom tengok resipi..
Mempedal Ayam Sambal Garing
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
250 gm mempedal ayam (boleh juga campurkan dengan hati ayam jika suka) ~ dibersihkan & potong kecil2 gaul garam (sikit je) & kunyit
5 ulas bawang merah* (tinggalkan 2 ulas untuk dihiris)
2 ulas bawang putih*
10 biji cili padi* (spt dalam gambar.. kalau guna cilipadi kecil sila lebihkan - itupun kalau kuat pedas la.. hehe)
1/2 inci kunyit hidup*
1 keping asam gelugur
Garam, gula & serbuk perasa secukup rasa
minyak secukupnya
Cara menyediakan
1. Tumbuk bahan2 bertanda* hingga lumat. Panaskan 1 cawan minyak. Goreng mempedal ayam sehingga garing. Angkat & ketepikan.
2. Kurangkan sedikit minyak gorengan lalu tumiskan bahan2 tumbuk serba bawang merah yang dihiris. Goreng sehingga wangi & garing dengan sentiasa dikacau. Kecilkan api supaya sambal tidak cepat hangus.
3. Masukkan asam keping, sikit garam, gula & serbuk perasa. Akhir sekali masukkan mempedal ayam yang digoreng garing. Gaul rata & bolehlah dihidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak panas2. Yummy!
Selamat mencuba!
Rjukan: http://mamawandiha.blogspot.com/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan