Kg Changkat Tualang Kota Bharu Perak
Ahad
ini aku akan berjalan jauh lagi; kembali ke kampung halaman Kota Bharu
Perak. Di sana ada sebuah desa yang jauh terpencil dari kesibukan
bandar. Nama desanya Kg Changkat Tualang Kota Bharu Perak. Aku sering
memanggilanya Desa Tualang.
2. Tualang adalah sejenis pokok
balak yang amat besar. Jarang dapat kita lihat pokok ini ditanam sekitar
kota. Aku pun sekadar dapat lihat tunggulnya yang besar amat ketika aku
di zaman remaja.
3. Siapa yang pakar spesies pokok tualang
ini sila ceriterakan sikit. Di google tak nampak jelas bagaimana rupanya
pokok tualang ini. Yang menariknya pokok tualang ini sering menjadi
sarang lebah. Bila sebut madu pasti kita pernah dengar akan nama Madu
Tualang. Asalnya madu ini memang diambil dari sarang lebah di pokok
tualang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan