Apa telah jadi dengan dunia blog atau jurnal. Apakah kian kurang pengikut sejak orang kita beralih ke MukaBuku/FB serta Twitter. Aku perhatikan sejak aku cuba kembali ke dunia penulisan blog pengikut blog ini sukat bertambah... Hari ini pengikut blog ini 183; rasanya angka ini tak berubah sudah lebih dari setahun.
2. Dalam sebulan pun aku dapati tak ramai kasi respon. Berbanding FB nampaknya ianya menjadi satu jaringan yang cepat berkembang. Jika jarang buka FB pun tak sampai setahun rakan di FB telah menjadi seramai 1,000 orang. Bayangkan jika pengikut FB seramai itu. Pasti meriah.
3. Topik atau kandungan blog pun aku cuba mengkaji secara rambang lebih diminati oleh mereka yang remaja. Lebih ke arah hiburan. Kisah kehidupan seharian tidak mendapat pengikut yang ramai. Selain hiburan orang kita suka baca kisah misteri. Masalah sosial seperti keruntuhan moral dan kepincangan rumah tangga juga amat suka dibaca oleh penggemar blog. Ruangan resipi juga nampaknya dapat menarik ramai pengunjung.
4. Ada juga kalangan pelayar internet/dunia maya ini suka berniaga di blog tapi aku tak pasti apakah ianya berkembang maju sebab aku tidak pernah terfikir ke arah itu. Mungkin ada kalangan rakan kita di blog dapat cadangkan topik bagaimana yang suka dibaca atau apakah kandungan blog yang akan cepat mengumpul ramai pengikut.
5. Kongsilah bersama bagaimana mahu memeriahkan blog, agar dunia penulisan dan pengetahuan melalui ICT ini akan cepat berkembang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan