Translate

Tajaan

Selasa, 18 Disember 2012

TAUCU OPAH NUR

ASSALAMUALAIKUM
bapak mengantuk nya hari tambah dah lepas makan...smlm si manje buat hal lagi pg td pukul 0430 dah kejut nak makan, pehtu ajak kOi main dgn dia siap gigit tangan suruh ikut dia main..ngeee ngada betoi si manja nie...skrg ni dah pandai malam-malam sebelum nak tido kena tgk die,belai2 die dlu kalau tak pasti dia akan ganggu kOi nak tido....

ikan goreng masak taucu...ermmmm sedap jgk dah lama tak makan taucu..suami pulak mmg suka makan gulai taucu...resipi nya pun ambil kat blkg pek taucu Opah Nur...

IKAN MASAK TAUCU

BAHAN:-
- 200gm daging cincang direbus sampai empuk (2 ekor ikan bawal atau ikan lain digoreng dahulu) kOi guna ikan kembong aje
- 1 biji timun dimayang kecil - kOi belah 2 potong serong
- 5-6 btg kacang buncis dipotong serong
- sedikit halia dimayang halus
- 5 biji cili masak atau muda dibelah 2 atau 10 biji cili ditumbuk kasar
- 2 biji bawang merah dipotong bulat
- 1 keping asam gelugur direndam dulu
- 6 biji bwg putih ditumbuk kasar
- 1 paket taucu OPAH NUR

CARA:- (  dekat peket dah hilang jadi agak-agak sajalah)

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga garing kemudian masuk cili ditumbuk biarkan seketika...
2. masukkan timun dan halia bersama sedikit air biarkan seketika sehingga timun lembut
3. masukkan ikan goreng, halia, asam keping, bawang merah dan taucu opah, perasakan dgn garam (optional)...siap dihidangkan

Rujukan : http://arohamizwa.blogspot.com/



Tiada ulasan:

Catat Ulasan