Translate

Tajaan

Khamis, 5 November 2009

Bukan masa tuntut bonus - PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, adalah salah dari segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja dalam sektor swasta dibuang kerja.

"Adalah salah dari segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu CUEPACS (Presiden, Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus (setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi (kekal) popular di kalangan ahli anda," katanya.

Kosmo!

iDAN: Omar Osman@Bagindo tu kira kenallah saya tapi saya tak rapat dengannya, kes saya hantar e-mel pada Pak Lah suruh baiki kedudukan kerjaya di upm nampaknya tak dia ambil tehu pun Sedang Biro aduan JPM telah kasi lampu hijau untuk ambil perhatian serius apa yang saya kemukakan.

Semalam saya dengar komen PM tentang bonus memang agak pedas komen tu!. Saya telah bersara, dapat banyak mana bonus pun telah amat bersyukur!. Apa pendapatan Bagindo tentang komen PM tu?. Saya sudah bersara tetapi nampaknya apa yang saya perjuangkan langsung tidak diambil tindakan KEPERTAMA. Bagindo telah serah jawatan Presiden KEPERTAMA itu kepada saudara Jailani. Agar mendapar respon dari orang baru itu atas kes yang ada di fail JPM itu!.

Minta bonus salah dari segi moral

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut bayaran bonus daripada kerajaan adalah salah dari segi moral.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini berikutan tuntutan itu dibuat ketika keadaan ekonomi negara kini masih belum pulih sepenuhnya.

Menurutnya, walaupun tindakan seumpama itu boleh membuatkan CUEPACS popular di kalangan ahlinya, tetapi dalam konteks ekonomi semasa ia disifatkan sebagai tidak wajar.

“Namun begitu, ia bukan bermakna kerajaan tidak menghargai sumbangan kakitangan awam sebaliknya kerajaan sentiasa memikirkan cara dan kaedah untuk meningkatkan motivasi mereka.

“Terbaru kita bakal memperkenalkan sistem ganjaran yang lebih berkesan dan setimpal terutama kepada pegawai serta kakitangan awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada forum perniagaan anjuran Bankers Club di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Bankers Club, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar.

Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan