Translate

Tajaan

Jumaat, 13 November 2009

Pencok Ayam Panggang (Resepi)

Kalau tengok ayam mesti termenung jap pikir nak masak apa la ayam nih. huhu.. Nasib baik la ramai blogger2 yang sangat sudi share2 bermacam2 resepi ayam. Resepi asal dari Chef Wan dan cnp dari blog Noreen. Terima kasih share resepi. Resepi ayam panggang ni mmg sedap sangat la dan mudah jugak nak buatnya. Rasa dia lebih kurang mcm ayam percik tp ada masam2 manis nenas dan gula melaka. Memang sedap tak rugi mencuba tau!

Bahan-bahan:
6 keping chicken thigh/leg
1 camt garam
1 camt serbuk kunyit
1 camt serbuk lada sulah
1 camb minyak
1 1/2 cawan santan
segenggan daun basil - diracik halus
1 camb air asam jawa
garam dan gula merah secukupnya
nenas - dipotong kecil

Bahan2 kisar:
5 biji cili merah
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm lengkuas

Cara:
  • gaulkan ayam dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk lada sulah
  • kemudian panggang pada suhu 180C selama 25 min
  • sementara itu panaskan kuali
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
  • masukkan santan, air asam jawa, gula merah, garam dan daun basil
  • kacaukan rata dan biarkan reneh selama 15 min
  • kemudian masukkan ayam panggang tadi dan gaulkan rata supaya ayam menyerap kepada kuah
  • keluarkan ayam dan bakar lagi selama 30 min
  • masak kuah sehingga pekat
  • selepas ayam masak bolehlah dituangkan kuah ke atasnya dan ditaburkan dengan nenas
http://asmaradayana.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan