Translate

Tajaan

Ahad, 1 November 2009

Naikkan gaji 25,000 pemandu sektor awam

PULAU PINANG - Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu membela nasib lebih 25,000 kakitangan awam yang bekerja sebagai pemandu kerana gaji permulaan mereka sebanyak RM647 sebulan tidak lagi sesuai dengan kenaikan kos sara hidup sekarang.

Untuk itu, Cuepacs akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 12 November ini bagi membincangkan cadangan menaikkan gaji kumpulan penjawat awam terbabit.

Ketika ini gaji permulaan bagi pemandu gred R3 ialah sekitar RM647 dan gaji mati RM1,500 manakala bagi R6 kira-kira RM685 dan gaji mati sekitar RM1,700.

Presiden Cuepacs, Omar Osman berharap gred gaji R3 dan R6 untuk pemandu dapat dinaikkan masing-masing kepada R12 dan R14. Kesatuan itu juga mencadangkan diwujudkan gred baru iaitu R16 memandangkan tugas mereka berisiko tinggi dan melibatkan keselamatan nyawa penumpang.

Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan