Translate

Tajaan

Ahad, 1 November 2009

Waheeda sudah nekad bersara (Hiburan)


AKHIL dan Waheeda mesra bersama Muhd. Sharif (kiri) dan Siti Numaisarah di Bukit Jelutong, Shah Alam semalam.

SHAH ALAM - Kehidupan dunia selebriti bagi penyanyi dan pelakon, Waheeda, 30, atau nama sebenarnya Nor Wahidah Abdul Wahab sudah berakhir.

Itulah tekad penyanyi yang terkenal dengan lagu Wassini itu selepas bernikah dengan Akhil Hayy pada 6 Ogos lalu.

Biarpun dia sudah mengumumkan persaraannya untuk menumpukan sepenuh masa sebagai isteri, Waheeda mengakui masih menerima undangan mengadakan persembahan.

Bagaimanapun kesemua tawaran itu terpaksa ditolak.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak aktif dalam bidang seni meskipun sebelum ini ada pihak ingin menggabungkan saya dan Akhil dalam persembahan mahupun program televisyen.

"Disebabkan mahu terus bersara, saya juga selepas ini tidak mahu lagi terlibat dalam sesi fotografi walaupun bersama dengan suami (Akhil),'' katanya ketika ditemui pada majlis resepsi di rumah keluarganya di Bukit Jelutong di sini semalam.

Kosmo!

iDAN: Tak sangka juga keputusan drastik dibuat oleh Waheeda untuk bersara dalam bidang seni, pada jika seseorang telah punyai darah seni adalah amat payah buat dia melupakan bidang yang telah sebati dengannya.

Tanggungjawab menjaga anak bukannya mudah, apatah nanti telah punyai anak sendiri. Harapan saya Waheeda tetap tabah & bahagia dengan dunia rumah tangga ini.

Pautan Lain: Utusan Online | Mangga Online | Saji Online | ezTrade Beta | Kareer | Tutor | Mangga TV | MyBooks | Kumpulan Utusan |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan