Translate

Tajaan

Khamis, 12 November 2009

Petua iDAN (Petua)



Goji kering di pasaran
BloggerDari respon si Penyair iDANRADZi

iDAN berkata...
Sdr Zeq,

Saya amat tak setuju makan atau beli ubat Jualan Langsung (MLM) mahal amat. Memanglah ianya bagus tapi kalau sudah masuk ke MLM itu memang cekik darah betul. Sudahlah orang sakit; tambah sakit nak beli ubat.

Sebagai contoh Goji. Cuba beli Teh Goji Guarana punyalah mahal. Sedang hari-hari saya makan Goji kering dari tanah besar cina murah amat, beli kedai sensei cina tu! memang ianya bagus untuk edaran darah. Goji Guarana telah ditaruh pelbagai ramuan. Kan bahaya. Memang silap2 teruk candunya.

Nak ubat kuat makan ulam pucuk sentang, celorlah kalau takut getahnya ada kesan. Kalah Tongkat Ali.

Arwah Abg saya.. itu yang dia amalkan; anak 21 orang. Dia meninggal umurnya sekitar 40an sahaja. Meninggal kemalangan lori & treller.
12:00 AM

Asalnya buah Goji
Padam
Blogger iDAN berkata...
Combi;

Kalau kekawan Combi memang ada masalah batu karang memang kopi tidak disarankan; kalau saya minum kopi tak lama mesti ditangkap balik sakit & masalah buah pinggang ini.

Tenguk orang juga kut!, ada yang okey!. Tapi saya telah lebih 3 tahun tak minum kopi. Sesekali bolehlah.

Jangan risau ada masalah batu karang cuba ke kedai sensei cina tanya ubat ini... Shilintong. Di google ada gambar asal kejadian ubat ini. 100% herba. Murah sahaja 100 biji pil nya baru sekitar RM8.

Saya menderita sakit batu karang lebih dari setahun. Kencing berdarah asyik masuk wad kecemasan suntik kat punggung. Ish! takutnya darah tinggi melambung naik!. Doktor kasi ubat macam-macam, cairlah, macam gulilah semua tak lepas! Bila makan Shilintong nampak okey! sampai sekarang. Batu karang tu pecah & tak ganggu buah pinggang lagi.

Jangan makan banyak kut! alahan ada yang tak serasi. Ada yang makan tak tahan badan. Shilintong Ada cop Kementerian Kesihatan.. sepatutnya okey... saya sudah amalkan lebih dua tahun; tak ada masalah batu karang tu lagi!. (emmm! macam jual ubat pulak)

Makan sekitar 5 biji pagi & malam. tenguk kesannya!!! memang sedap nak buang air; baik untuk lelaki baik untuk perempuan. Lagi bagus Combi... yang campur madu kotak rona hijau.

Zeq tu elok makan yang kotah hijau ini kalau nak tambah cawangan. Sebelah utara banyak jual kotak hijau ini. Di sini banyak kotaknya rona biru. Shilintong ini dari pokok herba, bunganya cantik rona kuning. tenguk kat google!. Bagus sangat untuk cuci buah pinggang.

(Alaa!... nyakat Zeq saja! jangan ambil hati pulak!, tapi memang bagus yang kotak hijau tu Zeq, kawan saya orang Perlis makan yang kotak hijau tu, baunya pun sedap! kencing lawas & memang dot dot dot!)
12:32 AM
Padam
Blogger iDAN berkata...
Diana suka minum kopi kan?...

Elok cuba makan Shilintong ini, tak mestinya untuk orang sakit, tapi memang elok cuci buah pinggang tu.

100% herba tak ada bahan kimia yang diragui. Murah lagi; di mana-mana kedai sensei cina selalunya pasti ada dijual.

Bilamana buah pinggang okey! tak kisahlah nak minum kopi.

Samalah yang perokok tegar, minuman yang paling bagus adalah jus atau perahan nenas; nenas tu tajam boleh buang keladak dalam badan tu!. Ramai yang nasihat begitu.

Beringatlah sebelum kena sakit kronik macam saya ini!.
12:39 AM

Ini rupa kotak Shilintong yang saya cadangkan untuk dicuba.

 
 
ni rupa asal pokok shilintong cantik eh bunganya boleh buat hiasan taman
 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan