Translate

Tajaan

Khamis, 19 November 2009

Komen iDAN di Blog DaudMili (Delima Merkah)

Menarika isu yang dicatatkan oleh Sdr DaudMili di dalam blognya tentang topik Dalam diam...
Sika ke blok beliau http://daudmili.blogspot.com

Khamis, November 19, 2009 3:58:00 AM

Blogger iDAN berkata...

"Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat."

Maka itu ada setengah kes di mahkamah syariah ianya terpaksa disebut secara tertutup. Namum jika dalam keadaan tertentu terpaksa juga kita membuka aib kepada berwajib untuk tidak sampai ianya menjadi barah dalam hidup kita. Bukan untuk mencari jalan perpisahan tetapi demi kebaikan & agar keadaan tidak jadi bertambah pecah setelah ianya retak.

Sebelum ianya gurur...


Umpamanya serahkan kepada ibu ayah atau pak mertua & emak mertua. Bukan rakan yang sering menanggguk di air keruh... andai berlaku kekusutan rumah tangga. Pilihan terbaik ada keluarga terdekat yang boleh dipercayai.

Yang terbaik tutuplah aib itu selesaikan bersama! semuka berdua.

Secara umumnya, mana mungkin manusia ini tiada aibnya. Kenapa mesti kita merumitkan keadaan dengan keaiban seseorang. Cermin diri kita dulu, apakah kita ini manusia sempurna, akur diri... kita pun bukan sempurna, buat silap juga kan? Jadi maafkan sahaja kekurangan seseorang itu; pasti jiwa kita jadi lapang.

Pasangan kita tak semua dapat menerima kita ini boroi punyai sakit kronik atau dimakan tua. Memang masalah dalam rumah tangga begini sukar kita kawal. Maka itu tak hairan ada suami tinggalkan isteri sebab isteri tak menawan lagi, ada isteri bercinta dengan lelaki lain sebab suaminya punyai masalah diri sakit kronik seumpamanya!. Memang payah.

Khamis, November 19, 2009 5:46:00 PM

5 ulasan:

  1. Tu la mcm2 issue ader dlm rumahtangga nie.. semua bergantung pada tolak ansur kedua2 pasangan.. klu x memang tonggang terbalik lah semua nyer.. yg jd mangsa adlh anak2.. jd kite di kurniakan akal utk membuat pertimbangan yg waras..

    BalasPadam
  2. Sdr Ena,

    Bukan pasangan remaja sahaja yang bercerai berai yang kita sedih telah tua usia perkahwinan ianya masih rapuh.

    Jika anak yang dapat memahami tak apa, masalahnya sering berlaku jiwa anak-anak sering tertekan dengan perceraian ibu & ayah ini.

    BalasPadam
  3. tu sebabnya Allah swt masukkan 'SABAR' itu sebahagian dari iman. Orang yang benar-benar faham akan maksud sabar itu adalah antara orang yang berjaya. ganjaran sabar itu kadang-kadang kita tidak nampak dengan mata kasar.

    BalasPadam
  4. Emmm! kesabaran isteri mahu pun suami selalunya ada limitnya; jika sampai Sang isteri atau Sang suami berlaku curang memang ianya satu yang amat parah.

    Suami akan dayus & dimurkai Ilahi, isteri pula akan tinggal sebumbung dengan Bangkai Bernyawa. Maka itu saya berpesan biar seteruk mana pun perbalahan dalam rumah tangga jangan masukkan orang ketiga yang sampai mendekatkan kita dengan zina. Jika bermasalah dalam rumah tangga mengadu kepada pasangan berlain jantinanya; mudah sangat kita terjerumus dengan hasutan iblis ini, amat bahaya.

    BalasPadam
  5. terima kasih untuk link ini iDAN...~

    BalasPadam