|
|
KUALA LUMPUR - Akhirnya segala khabar angin terjawab apabila Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin membuat pengakuan akan meninggalkan stesen radio swasta yang diterajuinya selama empat tahun itu.
Menurut beliau yang akan menerajui sebuah lagi syarikat media tempatan bermula minggu hadapan, peletakan jawatannya itu tidak ada kena mengena dengan masalah dalaman syarikat seperti yang dikhabarkan sebelum ini.
"Saya letak jawatan sebab dapat tawaran daripada sebuah syarikat media dan saya anggap sebagai satu penghijrahan. Berat rasanya hati kerana semua kakitangan di Suria FM sudah macam keluarga.
"Banyak perkara penting yang saya lalui dalam kehidupan semuanya ketika saya bersama Suria FM," ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo!
iDAN:
Ini satu contoh yang saya kaitkan di blog Sdr Mazidul bagaimana di negara kita asyik demand & tawaran kepakaran. Yang tinggal mungkin okey mungkin tidak, yang baru tak bermasalah sebab pengalaman itu lebih berharga dari kelayakan.
Dasar Pemalas
Melalui pengamatan saya, mereka tidak berbelanja secara mewah, bijak mengukur baju di badan sendiri. Contohnya, sebahagian besar mereka hanya makan roti atau nasi kosong berlauk kari sahaja. Jarang minum Coca Cola, hanya menghirup air suam. Pandai berjimat, mereka bukan sahaja mampu menampung perbelanjaan diri sendiri sewaktu tinggal di Malaysia malah berpeluang menghantar sebahagian daripada wang gaji kenegara asal untuk menampung perbelanjaan keluarga.
“Local people selalu hairan tengok kita orang kumpul ramai-ramai. Lepas kerja, kita duduk atas rumput, jumpa kawan. Kita share beli air sama roti, makan sama-sama. Kalau mahu keluar pergi tengok wayang, guna wang. Kalau mahu keluar pergi bandar, guna wang. Kita tidak mahu membazir. Malam kita tidur, esok pagi bangun, kita pergi kerja,” kata warga Bangladesh saya temui.
Perlu juga saya nyatakan, duduk berkumpulan secara aman bukan satu kesalahan jenayah.
Ringkasnya, mereka berhijrah ke negara kita demi merebut peluang tersedia untuk meneruskan kehidupan. Kata mereka, hidup di negara asal, sukar. Peluang pekerjaan, kurang, gaji tidak lumayan berbanding bayaran diterima di Malaysia.
Itu hakikat.
Cuba bandingkan sikap mereka dengan perangai sebahagian remaja dan pemuda kita. Mereka lebih rela melepak kangkang di rumah, menganggur, makan tidur, membebankan ibu bapa tua. Alasan mereka, amat sukar mencari kerja. Maka keluarga secara rela atau terpaksa berterusan menyara kehidupan, sehinggakan rokok dihisap dibeli dek ibu dan ayah hanya kerana enggan berkerja di kilang, bosan kononnya.
Hemat saya, kalau rakyat Malaysia hidup melarat bukan kerana tiada peluang untuk mengubah nasib tetapi kerana sikap malas keterlaluan, noktah.
Silakan berhujah dengan saya, sekiranya pembaca tidak bersetuju dengan pandangan dilontarkan.
iDAN:
Bagi aku sikap pemalas warga tempatan mesti ada sebabnya. Mat rempit, penganggur berijazah semua itu perlulah dibantu dengan pelbagai skop yang terapi. Mungkin kounseling bagi Mat Rempit, mungkin bukankan peluang kerja yang sesuai bagi para graduan.
Jangan kita samakan mereka dengan pendatang haram. Pendatang haram itu dari negara yang memang bermasalah dalam ekonomi mereka. Negara sedang membangun atau mudur. Mana ada Mat Saleh, orang Jerman atau pun Jepun datang ke negara kita sebagai buruh kontrak sebab mereka selesa duduk di negara mereka.
Baru sahaja aku berYM dengan Eris, pencuci di Australia senang-senang boleh dapat 2,000 sebulan duit mereka, kalilah duit kita sekitar tiga kali ganda jadi RM6,000. Itu bukan berkerja penuh. Begitu juga di UK ramai pelajar kita malam-malam buat kerja tambahan kira jam, bukan payah nak dapat 1,000 duit mereka. Barangan pula murah. Kereta Camry model sekitar 5 tahun lalu baru 3,000 duit mereka di Australia. Bukan menjadi hairan orang kita tinggal di sana sampai 20 tahun lebih tak mahu balik sebab hidup selesa di sana.
Rata-rata pendatang haram itu negara mereka punyai matawang yang amat rendah berbanding kita. Semalam dalam 360 Sdr Mazidul mengatakan secara rambang gaji buruh di Bangladesh sekitar RM50 sebulan duit kita. Tak hairanlah mereka sanggup berlapar di sini, kerja sungguh-sungguh & hantar duit ke keluarga di Bangladesh.
Bayangkan jika orang kita kerja pencuci di sini sekitar RM600 terikat pagi ke petang kalau ada lebih masa pun paling-paling RM800. Bujang boleh kalau berkeluarga parah tu!.
Malas itu memang ujud di dalam dunia manusia, antara 7 dosa besar di jiwa kita. Tetapi perlu di ingat malas juga sering berpunca dengan persekitaran kerja yang tidak selesa. Tak semestinya duduk depan komputer itu kerja yang berstatus & dikejar semua. Terkadang lagilah stres sebab aku sendiri pernah kerja kuli mengadap komputer lebih dari 25 tahun. Naik darah tinggi , sering dihimpit masalah, mata makin rabun, terpaksa juga bersara awal. Ganjaran atau gaji lumayan bukanlah segala kesenangan atau gimik berkerja. Bergaji besar pun jika kerja dengan pelbagai masalah & bebanan pasti tak larat.
Pengalaman aku berkerja menjadi kuli di sektor awam begitu lama; nampak ada satu isu yang jelas kerajaan kena betulkan. Graduan yang tiada pendedahan kerjaya & pengalaman ini sering membuatkan sesuatu organisasi itu tidak selesa & amat jumud dalam memikirkan kebajikan. stafnya. Golongan muda ini sering bersikap ego & tidak langsung menghormati golongan lama yang berpengalaman. Organisasi yang mementingkan kecemerlangan akademik sering mundur ke belakang; lantaran tidak mengutama pengalaman kerjaya secara seiring. Ini sering berlaku. Maka persekitaran kerja begini sememangnya amat kronik & ramailah pekerja tidak dapat menumpukan prestasi kerja cemerlang. Yang cemerlang pun lebih kepada pembodek & sifar kepakaran.
Bukan hanya disektor awam, ketika aku pulang ke kampung pun biras yang berkerja di sektor swasta jua menghadapi masalah yang sama. Para graduan yang tiada pendedah kepakaran kerjaya sering menjadikan syarikatnya bermasalah. Maka tak hairan persekitaran kerja yang begini membuatkan anak muda kita jadi malas; apatah lagi jika berkerja menjadi kuli atau buruh kontrak seperti pendatang haram itu. Mana mungkin mereka tidak terdedah dengan kerja buruh kasar sejak azali mampu buat kerja kontrak itu. Apatah terjadi kuli dengan bangsa asing yang masih tebal sikap diskriminasi itu.
Aku juga mendapat aduan yang sama dari sektor keselamatan; bekas perajurit & polis. Mereka juga menghadapi masalah yang sama. Terang-terang mereka mengatakan anak muda berpelajaran kini tidak menghormati orang lama. Masuk berkerja terus berpangkat maka egonya amat tinggi kerja tak sebagus mana. Ada baiknya pemegang diploma atau kemahiran yang lain, mereka adalah pemangkin yang kukuh untuk sesuatu organisasi. Sering sistem SSB, SSM apa jua sistem kerajaan akan gagal lantaran sikap golongan berpelajaran bergaji besar yang ego ini tidak diperbaiki & perbetulkan. IPTA & IPTS kenalah memikirkan cara mana graduan mereka ini boleh bersaing di pasaran. Aku pernah berkerja dengan masyarakat Jepun, tak timbul pun masalah ini. Mungkin lantaran sikap hormat mereka membuatkan persekitaran kerja amat aman & maju jaya.
Itu juga membuatkan graduan menganggur ini ada yang sanggup jual goreng pisang tak larat berhadapan dengan masalah ini jika kerja makan gaji. Apatah lagi mahu berkerja dengan kompeni bangsa asing yang punyai sikap diskriminasi.
Iyer! antara langkah terbaik memang kita kena bentuk anak kita dari awal lagi hidup berniaga & bersusah payah mencari nafkah hidup. Pun modal perlulah ada & kukuh untuk menceburan apa jua bidang perniagaan, malahan pertanian sekali pun. Bangsa Melayu harus memikirkan ini, kenapa mesti mahu bergantung dengan makan gaji.
Sebagai contoh, aku sendiri pergi menghantar borang permohonan anak sulung si Afiz ke banyak syarikat di Bangi & sekitar Kajang. Syarikat kaum asing ini juga ada diskriminasi terhadap kaum kita Melayu. Ini baru bab praktikal. Belum berkerja. Keprihatian mereka lebih kepada kaum mereka berbanding kita; Apakah mungkin ada lagi dendam di hati mereka. (Nenek moyang mereka mungkin ada yang terbunuh dalam peristiwa berdarah itu) Atau DEB & hak keistimewan orang Melayu itu masih dipertikaikan.
Aku mendapat aduan yang sama dari bekas pelajar di UPM yang berkerja dengan syarikat kaum asing ini. Bagaimana pekerja kaum mereka lebih cepat dinaikkan pangkat & gaji berbanding kaum kita. Ceriteranya sama yang memberikan si Afiz untuk berpraktikal adalah Al-Jabbar. Syarikat bangsa asing ini menjawab surat permohonan pun tidak!. Sedangkan semua syarikat kaum asing itu sama sahaja mesti ada Bahagian Pemasaran. Afiz ambil Diploma Pemasaran. Ini bukan isu perkauman; ini Fakta. Kenapa kerajaan tak dapat kawal diskriminasi ini. Apakah lantaran mereka benci UiTM atau MARA atau Politeknik tempat kita orang Melayu menimba ilmu, maka itu kaum asing yang berjaya memonopili ekonomi negara ini Na Mungkin mahu membenarkan bangsa kita mencuri maklumat di kompeni mereka berpraktikal bersama kejayaan mereka.
Rasanya mengatakan anak bangsa kita malas ada betulnya jika memang mereka gerladangan. Tapi faktor lain membuatkan mereka malas harus juga diambil kira. Manusia atau rakyat marhaen sebenarnya adalah aset sesebuah negara kenapa pula kita jadikan mereka ini pelesit atau parasit. Kita kena sama-sama bertanggung jawab memikirkan masalah ini.
nuff tdo lagi...salam nuffnang
BalasPadamnuffanag terkadang memberatkan!, tak sempat pun dapat cek!
BalasPadam