Translate

Tajaan

Selasa, 24 November 2009

Tentang Hamka

Hamka
Sdr BlueGene,

Saya juga mempunyai minat yang sama ulat buku; gila dengan koleksi buku. Sayangnya sejak kebelakangan ini banyak buku-buku koleksi saya habis terperap tanpa jagaan.

Masa saya bercinta dengan orang rumah Kak Mila saya tu!, saya pernah menghadiahkan dia buku, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Saya membaca buku itu semasa darjah lima lagi. Kecil-kecil lagi menangis sakan membaca tentang percintaan Zainuddin & Hayati.

Kak Mila bukanlah jenis penyimpan buku, begitu juga keluarganya. Maka itu baik buku & majalah menjadi masalah bagi kami di rumah ini. Bayangkan Majalah Ibu dari edisi pertama sampailah keberatusan jumpalah; tak satu pun saya terlepas membelinya. Samalah Gila-Gila, Wanita, Jelita, Mastika, Al Islam, Ummi komik jangan ceritalah banyaknya.

Dari harga Gila-Gila RM1 lebih entah berapa ratus edisi memang saya tak pernah miss mengumpulnya.

Sayang semua itu entah ke mana. Ada yang tersimpan ada juga yang telah terbuang. Maka itu saya tak sabar mahu memiliki rumah di kampung agar semua majalah & novel pun banyak buku agama yang berbaki ini dapat tersimpan dengan baik.

Ongkosnya belum cukup untuk membeli almari cermin bagai arwah Emak lakukan. Emak saya amat menyayangi buku.

Semasa di St Michael Inst Ipoh saya rajin ke Perpustakaan Negeri ianya terletak sebelah Inst kami. Ketika itu memang banyak terdapat buku tulisan Hamka. Saya banyak membaca tulisan Allahyarham di Perpustakaan tersebut. Sila klik di sini http://id.wikipedia.org/wiki/Haji_Abdul_Malik_Karim_Amrullah. Semua koleksi buku Allahyarham tersinarai di sini.

Antara novel beliau yang memang menjadi bahan kajian atau buku rujukan di sekolah ialah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli. Seingat saya buku Kapal Van Der Wijck tak kurang ada dua buah di rumah saya ini, tapi entah ada lagi entah tidak. Bagaimana mahu mencarinya memang pening & mengambil masa.

Jika mahu mendapatkan buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ada terjual di MPH, saya baru sahaja melihat buku itu di MPH Putrajaya & ianya dicetak semula masih mendapat pasaran. MPH paling besar di Mid Valley KL rasanya pasti banyak buku Allahyarham Hamka.

2 ulasan:

  1. Teringat pulak zaman tengah belajar dar sek menengah dulu.. pun suke ngompol magazine terutamanyer Mangga.. :)

    BalasPadam
  2. Sdr Ena

    Tak kiralah apa jua bahan bacaan termasuk majalah hiburan, jika kita menyayanginya & menyimpan sebaiknya bilamana telah berusia puluhan tahun pasti ianya amat berharga.

    Dulu arwah Emak banyak menyimpan majalah Wanita, Jelita, Majalah Filem & beberapa majalah lain; ianya memang penuh dengan bahan berguna.

    Sayangnya bilamana keluarga arwah Abang mendiami rumah pusaka tersebut, ianya tidak dijagai & hilang begitu sahaja. Majalah tersebut terbit sejak tahun 60an lagi.

    BalasPadam