Translate
Tajaan
Khamis, 12 November 2009
Senduduk Hilang Pahit (Petua)
"Azim tahu tak bagaimana mahu hilangkan rasa pahit pucuk betik, atau bunga betik jantan itu?" Hujan baru sahaja berhenti, jalan sekitar Masjid Kajang punyalah banyak lopak. Habislah kotor kereta Avanza Mila ini.
"Rebus sahaja hilangkah pahitnya!"
Bunga betik jantan ini sedap banget buat kerabu.
"Azim rebus bagaimana pun tak akan hilang pahitnya!" Aku bayangkan pucuk betik jika si Azim rebus lama-lama apa akan jadinya. Sedangkan aku lagi pahit lagi suka, lagi mentah lagi sedap bunga betik itu.
"Habis nak buat macam mana ayah!"
"Kenal pokok senduduk?.."
"Tak tahulah ayah!" Inilah susah anak jadi orang bandar, kalau masa aku kecil dunia buat cabang lastik pun sering guna dahan pokok senduduk. Orang Perak panggil pokok Keduduk.
"Dengan merebus daun betik atau bunga betik itu bersama daun senduduk pasti akan menghilangkan rasa pahitnya"
"Betul ke ayah?"
"Itulah sebabnya buku kena disayang, bukan beli buang; majalah sekarang bukannya murah. Arwah Opah Kamariah dulu siap beli almari cermin untuk simpan semua majalah." (Opah Kamariah adalah arwah Emak) Majalah Wanita, Jelita, Ibu banyak panduan & petua. Resepi masakan pun tiap bulan ada di dalamnya.
Sayang majalah lama ini habis dibuang oleh keluarga arwah Abang Din. Alamari cermin pun tak nampak pergi mana; banyak perabut rumah pusaka dikebas anak Taharin jiran sebelah, katanya nak menyewa; bukan itu tujuannya. Nak kebas semua barangan rupanya.
"Selain boleh hilangkan rasa pahit, buahnya yang masak warna hitam itu boleh buat ubat bibir luka... tak payah beli ubat di kedai, ayah masa kecil suka makan buah senduduk ini; bila makan tenguk lidah!, lawa rona jingga"
Kedai jual makanan bejuku (kura-kura) yang kira timbang masih buka. Jauh kedainya di Taman Jasmin. Itu yang aku mahu Azim temankan. Ada kawan berbual.
Inilah masalah zaman sekarang tak ramai kenal pokok tumbuh liar tetapi banyak kegunaannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan