Translate

Tajaan

Rabu, 11 November 2009

Kopi racun ‘sildenafil’ dirampas (Ceritera)



Berita Terkini

KOTA BHARU: Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Kelantan merampas 1,668 paket kopi bernilai RM8,400 yang disyaki mengandungi racun ‘sildenafil’ semalam.

Serbuk kopi yang dikesan turut mengandungi Viagra dalam ramuannya itu dirampas menerusi operasi mulai jam 10 pagi terhadap dua premis di Kampung Rengas, Chicha Tinggi dan Kampung Pauh di Pasir Mas.

Jurucakap Jabatan Kesihatan negeri berkata, minuman kopi mengandungi bahan Viagra yang boleh memberi kesan sampingan sehingga menyebabkan kematian penggunanya.

“Kami sudah lama melakukan siasatan dan intipan terhadap premis itu yang menjadi pengedar tunggal memasarkan serbuk kopi yang mendapat sambutan pelanggan lelaki.

“Ini berikutan dakwaan serbuk kopi terbabit boleh meningkatkan daya seks mereka yang meminumnya menyebabkan ia laris di kedai kopi dan kedai ubat seluruh negara.

“Risikan kami mengesan pengedar serbuk kopi itu yang mendapat bekalan daripada seorang pengusaha tempatan yang mempunyai kilang di Selangor,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Katanya, operasi membanteras pengedaran serbuk kopi itu turut dilakukan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan di Taman Serdang Jaya, dekat Seri Kembangan, Selangor, iaitu kilang kopi berkenaan.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pemilik kilang yang berasal dari Pasir Mas itu hanya menjadikan premisnya di Selangor sebagai pusat pemprosesan dan pengeluaran serbuk kopi itu.

“Ujian terhadap sampel produk itu oleh Jabatan Kimia mendapati ia positif sildenafil iaitu racun Kumpulan B dalam Jadual 1 Senarai Racun yang termaktub dalam Akta Racun 1952 (semakan 1989),” katanya.

Katanya, sildenafil hanya boleh dibekalkan kepada pesakit oleh doktor perubatan untuk tujuan rawatan dan perubatan atau dijual oleh ahli farmasi menerusi preskripsi sah.

iDAN : Bahaya amat ubat kuat ini. Saya syorkan makan ulaman terutama Pucuk Sentang, ianya lebih bagus dari Tongka Ali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan