Translate

Tajaan

Khamis, 12 November 2009

Shilintong Untuk Mereka ada Masalah Buah Pinggang (Petua)


Maklumat Lengkap tentang ubat ini sila Klik
ke URL ini

atau

URL ini


Pokok Shilintong


Pastikan jangan ikut kata kotak
takut ada kesan sampingan atau alahan!
memang 100% herba

Sekitar RM8 sahaja harganya bagi sekotak ada 100 biji pil. Kedai Ubat Cina, kedai sensei pasti ada. Beli Kotak rona Biru ini!. Ada banyak jenis yang kotak rona coklat pun ada... tak bagus yg kotak rona coklat!. Pilnya pun tak macam herba lagi telah diproses cara lain.

Yang ini Kotak rona Biru memang... pegang pilnya melekat bahunya di tangan.

Makan dulu sekitar 3 atau 5 biji sekali sehari; tenguk kesan pada diri. Sebab ada kawan yang batu karangnya terlampau besar dia tak boleh makan Shilintong; badannya bengkak-bengkak katanya.

Kalau dah makan 5 biji tak ada alahan; barulah amalkan sehari dua atau tiga kali 5 biji sudah cukup; tambah bilangan sampailah batu karang itu keluar!. Sudah bersih berhenti makan Shilintong; bila rasa sengal pinggang sahaja baru makan semula.

Jangan risau makan banyak sekalipun ubat ini tak merbahaya; sebab ianya 100% herba tanpa campuran bahan kimia atau toksik bahaya.

Saya amalkan sudah lama; lebih 3 tahun... rasa kencing tak lawas; sengal di pinggang makan sekitar 5 biji sekali sahaja sehari dah okey!. Anda akan terasa betapa sedapnya buang air kecil!.

Diulanagi bagi tak ada alahan; makan banyak pun tak apa!;100% herba

Ingatan Kawan Lelaki anda ... di ofis jangan makan sebarangan; sebab faham-faham sahajalah kalau dah makan Goji Kering makan pula Shilintong; darah dah okey mengalir lancar! buah pinggang dah bersih! lainlah pulak!; kut! gila nak kahwin lagi!.

Saya menderita sakit buah pinggang sekitar 2 tahun lebih; macam-macam ubat doktor kasi dari macam guli lembik; cecair rasa air kelapa; jumpa dukun, makan air daun pecah kaca, air bali dll masih kencing berdarah.
Bila kawan cadangkan makan Shilintong ini 2 minggu dah baik!.

Kalau yang dah buah pinggang rosak teruk kena dialisis memang tak sesuai makan Shilintong. Mencegah lebih baik dari mengubati. Kalau sudah teruk apa ubat pun payah kecuali bedah dan sebagainya.

Shilintong & samalah Goji Kering sekadar pelindung awal atau kawalan serangan sakit awal.

iDAN


1 ulasan:

  1. di kotaknya ada cop kementerian kesihatan... elok beli yang kotak rona biru berbanding kotak rona coklat...

    BalasPadam